Terma dan SyaraT PELANGGAN
Selamat datang ke Aurora Delights. Dengan membuat pembelian di laman kami, anda dianggap telah bersetuju dengan terma dan syarat berikut:
1. Umum
Semua produk yang dijual adalah tertakluk kepada ketersediaan stok.
Harga yang tertera di laman kami adalah muktamad dan tidak termasuk caj penghantaran, kecuali dinyatakan sebaliknya.
Kami berhak untuk mengubah, membatalkan, atau menambah maklumat produk dan harga tanpa notis awal.
2. Pesanan dan Pembayaran
Pesanan dianggap lengkap apabila pembayaran penuh diterima dan disahkan oleh pihak kami.
Kaedah pembayaran yang disediakan:
Online Banking melalui FPX Gateway (Toyyibpay)
Pemindahan manual atau mesin deposit tunai (dengan muat naik salinan resit pembayaran).
Sebarang kegagalan atau kelewatan dalam memuat naik resit pembayaran untuk kaedah manual boleh menyebabkan pesanan anda tidak diproses.
3. Penghantaran
Kami menggunakan perkhidmatan penghantaran pihak ketiga untuk menghantar pesanan kepada pelanggan.
Masa penghantaran bergantung kepada lokasi dan perkhidmatan kurier. Sebarang kelewatan yang disebabkan oleh pihak kurier adalah di luar kawalan kami.
Caj penghantaran akan dikira berdasarkan lokasi, material untuk membungkus dan berat produk.
4. Polisi Pemulangan dan Bayaran Balik
Hanya produk yang rosak semasa penghantaran atau salah dihantar layak untuk pemulangan atau bayaran balik.
Sila rujuk kepada Dasar Pemulangan & Bayaran Balik kami untuk maklumat lanjut.
5. Privasi dan Keselamatan Data
Maklumat peribadi yang dikumpul digunakan untuk memproses pesanan anda dan untuk tujuan perkhidmatan pelanggan sahaja.
Sila rujuk kepada Dasar Privasi Data kami untuk maklumat lanjut.
6. Tanggungjawab Pelanggan
Pelanggan bertanggungjawab memastikan maklumat pesanan (alamat penghantaran, butiran pembayaran, dan sebagainya) adalah tepat.
Sebarang kesalahan maklumat yang menyebabkan kelewatan atau masalah dalam penghantaran adalah tanggungjawab pelanggan sepenuhnya.
7. Pindaan Terma dan Syarat
Kami berhak untuk mengemas kini terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal. Pelanggan dinasihatkan untuk menyemak halaman ini secara berkala.
8. Hubungi Kami
Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai terma dan syarat ini, sila hubungi kami:
Emel: [admin@auroradelights.my]
WhatsApp: [01126407025]